Suami isteri maut dalam kebakaran

Suami isteri maut dalam kebakaran

ANGGOTA bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang mengorbankan suami isteri di sebuah rumag di Taman Megah, Kajang, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri maut dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Taman Megah, Kajang dekat sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pasangan warga Indonesia berusia 40-an dan 50-an itu ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, satu panggilan diterima pada pukul 2.13 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat itu.

“Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. Terdapat dua mangsa dipercayai suami isteri mengalami melecur dan sesak nafas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia.

Katanya, rumah berkenaan terbakar tiga peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN