Siling rumah kelahiran P. Ramlee ‘uzur’ - Utusan Malaysia

Siling rumah kelahiran P. Ramlee ‘uzur’

WAN Nurul Ain Wan Ismail (kiri) bersama rakan-rakannya melihat kerosakan di bahagian siling rumah kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di George Town, Pulau Pinang. – UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Rumah kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang terletak di Jalan P. Ramlee di sini sepatutnya terjaga rapi selaras dengan status P. Ramlee sebagai seniman agung negara.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila rumah itu berada dalam keadaan menyedihkan.

Tinjauan mendapati, atap dan siling rumah yang diperbuat daripada anyaman mengkuang hampir roboh kerana masalah kebocoran yang dikatakan berlarutan sejak sekian lama.

Ia ternyata membimbangkan Presiden Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff.

Beliau berharap pihak berkuasa yang menguruskan rumah P. Ramlee iaitu Arkib Negara segera membaiki si­ling rumah tersebut bagi memastikan khazanah negara terpelihara.

Seorang pengunjung, Wan Nurul Ain Wan Ismail, 27, berkata, dia yang pertama kali berkunjung ke rumah itu nyata kecewa kerana ia tidak terjaga.

“Saya nampak siling rosak ketika masuk ke ruang tamu rumah, saya berharap ia akan dapat dibaiki segera untuk keselamatan pengunjung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN