Sebelum haji pun, saya sudah ada disiplin sendiri - Alif Satar - Utusan Malaysia

Sebelum haji pun, saya sudah ada disiplin sendiri – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak terlalu selektif dalam memilih karya, pelakon, Alif Satar, masih mengekalkan disiplin sama sebelum bergelar haji dalam memastikan kualiti dan kerjayanya bergerak seiring.

Jelasnya, selektif bukan hanya pada proses memilih nashkah tetapi sebenarnya cara bekerja dan bagaimana seseorang pelakon menjayakan watak yang diberikan dengan penuh yakin.

“Kalau nak cakap saya perlu selektif kerana bergelar haji, tidaklah. Cuma saya ada cara sendiri untuk melakonkan sesebuah watak. Saya juga ada disiplin tertentu dalam apa sahaja yang mahu dilakukan.

“Sekiranya ditawarkan watak jahat dan bagi saya itu satu cabaran, kenapa tidak? Kalau takut dikecam hanya kerana saya bergelar haji, itu bukan lakonan namanya. Seronok berlakon watak jahat.

“Ada peminat suka tengok saya bawa watak jahat. Berbeza daripada karakter sebelum ini. Memang ada yang terbawa-bawa, tetapi mereka tahu itu sekadar lakonan. Mereka tahu saya bukan begitu,” ujarnya.

Aliff yang bakal muncul dengan filem Perjanjian Anak Syaitan 2 tidak lama lagi juga mengharapkan agar dia diberi peluang menjayakan watak dalam filem aksi yang selama ini diidamkan

“Saya sepatutnya menjayakan sebuah filem aksi perang tetapi itulah, jadual tidak kena pula. Saya percaya kepada rezeki. Tak mahu paksa atau terlalu mahukan sesuatu.

“Saya dalam pada masa sama bangga dengan kualiti filem tempatan. Semakin hari semakin maju ke hadapan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya