PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM100 juta pada tahun ini untuk mempercepatkan Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi menangani isu keselamatan dan keterjaminan makanan serta membantu mengawal harga di pasaran. Program itu melalui kaedah pertanian moden bertujuan meningkatkan keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat dengan sasaran 1,200 peserta mengusahakan 600 ekar tanah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, untuk itu, model baharu…










