Remaja diliwat, dikurung lelaki ‘bantu’ cari kerja

Remaja diliwat, dikurung lelaki ‘bantu’ cari kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki dikurung selama 10 hari selain diliwat seorang individu yang dikenali melalui aplikasi media sosial dalam kejadian di Kampung Pandan, Ampang di sini.

Menurut sumber, pada awalnya mangsa yang berusia 18 tahun itu ditawarkan bantuan mencari kerja oleh suspek yang juga seorang lelaki.

Jelas sumber, selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek kemudian bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil dekat sini.

“Mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan, Ampang dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek kemudian membawa mangsa mencari pekerjaan sebelum membawanya pulang semula ke rumah lelaki itu.

“Bagaimanapun ketika berada di rumah suspek mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang.

“Malah dia dikurung di rumah terbabit selama 10 hari di mana sepanjang itu mangsa turut diliwat beberapa kali,” katanya.

Tambah sumber, mangsa kemudian diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.

Jelas sumber, mangsa yang trauma dan ketakutan hanya menceritakan kejadian itu kepada keluarganya baru-baru ini sebelum membuat laporan, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Kita telah mengenal pasti suspek dan siasatan masih dijalankan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN