Remaja diajak keluar makan namun dirogol rakan lelaki - Utusan Malaysia

Remaja diajak keluar makan namun dirogol rakan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperkosa rakan lelakinya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Sungai Besi baru-baru ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.10 malam, 18 September lalu, mangsa dijemput suspek yang berusia 18 tahun untuk keluar makan di Desa Tasik, Sungai Besi.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke sebuah pangsapuri.

Katanya, mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek mengunci pintu kecemasan sebelum memperkosa mangsa.

“Remaja terbabit kemudian dihantar pulang ke rumahnya dan diminta tidak menceritakan kepada sesiapa.

“Bagaimanapun mangsa yang trauma kemudian menceritakan kejadian itu kepada rakannya sebelum kenalannya itu memaklumkan kepada ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa membuat laporan polis pada 21 September lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Jelasnya, pihak polis turut  menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN