Rawatan kecantikan SpaConcept ala Bali - Utusan Malaysia

Rawatan kecantikan SpaConcept ala Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perawatan kecantikan dan kesihatan dengan konsep spa sememangnya antara kaedah yang sering menjadi pilihan golongan wanita dalam menjaga penampilan diri.

Namun, untuk membuat tempahan ke spa pada setiap kalinya mungkin menuntut rutin dan komitmen yang tinggi, sekali gus penyediaan kos yang tidak murah sekiranya rawatan itu dilakukan pada setiap bulan misalnya.

Memahami kemahuan golongan wanita, pengasas SpaConcept, Kenny, tampil memudahkan rutin tersebut menerusi penghasilan rangkaian produk penjagaan kecantikan dengan konsep spa di rumah.

Menurut Kenny, SpaConcept mengambil inspirasi Bali yang unik menerusi penggunaan bahan-bahan tulen dan bersifat alami.

Katanya, rangkaian perawatan wajah yang digunakan merupakan gabungan resipi tradisional Bali dengan teknologi sains terkini untuk memberikan penjagaan dan perlindungan yang terbaik kepada kulit setiap pengguna.

“Menerusi formula unggul ini, ia mentakrifkan semula makna kecantikan, memberi inspirasi kepada wanita, menggalakkan wanita memahami makna kecantikan yang datang dari dalam dan juga mempelajari penjagaan kecantikan individu.

“Terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu siri SpaConcept Skincare, SpaConcept Body care, dan SpaConcept Home, kami memberi penekanan terhadap penggunaan bahan-bahan semula jadi untuk mencapai penjagaan kecantikan yang diinginkan sambil memberi nuansa bak terapi di spa.

“Saya percaya bahawa kecantikan sebenar boleh membawa pengaruh positif kepada minda, emosi dan jiwa. Ia bukan hanya tertaluk kepada keindahan luaran semata, tetapi kecantikan asli berasal dari dalam,”katanya.

Berkongsi mengenai SpaConcept, kata Kenny, antara yang terlaris adalah Siri Lilylight yang diilhamkan daripada bunga teratai dan pati betik terkenal di Bali.

“Ia dihasilkan menggunakan gabungan pati daripada bunga semula jadi dengan manfaat flora dan memberikan kesan kelembapan serta mencerahkan kulit.

“Tidak kira sama ada kulit memerlukan pelembapan, keserian atau anti-penuaan, siri SpaConcept mampu memenuhi semua keperluan kecantikan wanita,”katanya.

Selain daripada siri tersebut, rangkaian lain yang ditawarkan oleh SpaConcept masing-masing mempunyai ramuan dan fungsi tersendiri, membantu kulit kita mendapatkan semula keseimbangan, kecergasan dan keremajaan.

Sama ada jenis kulit kering, sensitif atau mudah berjerawat, SpaConcept mampu memberikan penyelesaian penjagaan kulit yang diperibadikan kepada pengguna, terutamanya dengan penggunaan Hydrating Mist dan Brightening Serum yang menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi tulen, membolehkan seseorang mengalami sensasi peremajaan kulit yang baik.

Dalam pada itu, Kenny turut berkata, menerusi 20 tahun pengalaman sebagai pakar dalam indusrtri kecantikan, SpaConcept diyakini dapat menakluk jiwa wanita melalui penekanan unsur ketulenan dan semula jadi dalam bahan-bahan yang digunakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya