Ramai harap Forteen kembali bergabung - Utusan Malaysia

Ramai harap Forteen kembali bergabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga berkesempatan juga menonton siaran langsung Anugerah Tik Tok Malaysia 2023 di kaca televisyen minggu lalu.

Dalam ramai-ramai artis yang hadir, ternampak penampilan One, Ameer, Ariz dan tidak lupa juga Izzue Islam yang bertindak sebagai seorang daripada pengacara majlis pada malam anugerah itu.

Terdetik juga di hati Cik Bunga, tidak mahukah empat jejaka ini kembali semula mewarnai industri seni suara sebagai sebuah kumpulan?

Alang-alang lagu mereka berjudul Berdua Bersatu pun kini kembali hangat gara-gara Tik Tok, rasa Cik Bunga mesti ramai yang rindu mahu lihat dan dengar Forteen tampil dengan lagu baharu, yang sesuai dengan era semasa.

Tak sangka pula, bila tinjau di ruangan komen media sosial, ramai kalangan peminat kumpulan ini pun turut berkongsi rasa yang sama.

Ramai rindu nak tengok empat jejaka ini kembali beraksi. Kali terakhir empat mereka ini disatukan adalah menerusi pentas pertandingan Gegar Vaganza musim ke-5.

Tetapi tak sama suasananya. Kalau kumpulan Mojo boleh kembali bersatu bersama Aweera dan hasilkan lagu-lagu baharu, Cik Bunga rasa, Forteen pun tak mustahil.

Lagipun, mereka selama ini pun tak pernah kehilangan peminat. Ramai masih ikuti mereka di media sosial.

adi, Cik Bunga nak cuit Edry Abd. Halim. Apa kata komposer hebat ini kembalikan aura Forteen dengan ‘air tangan’ karya-karyanya? Harap-harap dia pun sporting!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya