Polis sahkan ambil keterangan Zaid Ibrahim

Polis sahkan ambil keterangan Zaid Ibrahim

MOHD. ZAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mengambil keterangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim hari ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain kepada Utusan Malaysia.

“Saya sahkan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Mohd. Zaid menerusi ciapan di X berkata, beliau akan disoal siasat mengikut Seksyen 223 Akta Hasutan.

Mohd. Zaid bagaimanapun tidak menyatakan disiasat berkaitan isu apa.

Peguam berpengalaman itu berkata, beliau hanya mahukan ruang kecil untuk bercakap dan berfikir secara bebas.

“Kita tidak pernah meminta bantuan, gelaran atau jawatan pengerusi agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Kami tidak pernah meminta melepas tanpa membebaskan (DNAA). Adakah itu pun keterlaluan?

“Saya mengharapkan hujung minggu yang baik, tetapi tidak. Esok saya akan disoal siasat oleh Bukit Aman.

“Mengapa mereka tidak boleh menjadi lebih baik kepada lelaki tua yang tidak membahayakan sesiapa,” katanya menerusi hantaran itu.

Kata Mohd. Zaid,  beliau hanya ingin menyatakan pandangan dalam laman sosial.

“Saya hanya suka ‘tweet’, kita tidak ada masa atau kecenderungan untuk melakukan kerosakan, tidak ada masa menghasut atau mendatangkan bahaya kepada sesiapa,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN