Polis atur gerak pantau Himpunan Selamatkan Malaysia

Polis atur gerak pantau Himpunan Selamatkan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur akan mengatur gerak anggotanya bagi memantau dan menghadapi sebarang kemungkinan himpunan yang dirancang di sekitar ibu negara hari ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya akan mengatur gerak anggota daripada Kontinjen Kuala Lumpur bagi menghadapi kemungkinan sekiranya masih ada yang degil untuk berhimpun hari ini.

Kata beliau, anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut akan digerakan bagi memastikan kelancaran aliran trafik di ibu negara.

“Seperti yang dimaklumkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain malam tadi, penganjuran perhimpunan ini tidak mengemuka maklumat yang lengkap.

“Jadi, pihak penganjur perlu akur dengan keputusan ini dan semua lapisan umum harus memahami demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Allaudeen menegaskan, polis tidak akan bertolak ansur dengan mana–mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan.

“Sudah pasti tindakan tegas akan diambil di dalam perkara ini,” jelasnya.

Terdahulu, polis mengesahkan Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijangka berlangsung esok tidak mengemukakan maklumat seperti yang termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Polis menolak notis pemakluman awal himpunan itu kerana tidak lengkap termasuk, gagal memberikan lokasi perhimpunan dan nama-nama penganjur yang terbabit.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, sebanyak 16 laporan polis berkaitan penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia diterima polis yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kampung Baru, dekat sini, hari ini.

Kesemua laporan polis itu dibuat di seluruh negara susulan video tular mengenai sidang akhbar penganjuran himpunan itu yang diadakan di ibu negara, Ahad lalu.

Setakat ini polis merakam keterangan enam individu berkaitan himpunan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN