Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu 4.0, September ini

Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu 4.0, September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tanjung Malim: Kesusasteraan Melayu tradisi kaya dengan khazanah tetapi belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan peradaban dan antaranya adalah teks historiografi Melayu.

Justeru, Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Fakulti Ilmu Keguruan dan Pendidikan, Universiti Maritim Raja Ali Haji (UMRAH), Tanjongpinang, Kepulauan Riau Indonesia akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu (HISTIC) 4.0 pada 26 dan 30 September ini.

Presiden BUDIMAN, Prof. Dr. Abdul Halim Ali berkata, persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan pelbagai aspek berkaitan karya historiografi Melayu untuk kepentingan pembangunan peradaban Melayu masa hadapan.

Katanya, Ia juga bagi membentuk jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengembangkan potensi karya historiografi Melayu ke dalam bidang-bidang lain serta mengumpul ahli sarjana, pencinta sastera, bahasa dan sejarah dalam forum akademik untuk mengembangkan bidang ilmu kesusasteraan Melayu bagi kepentingan masa depan. 

“Persidangan ini membincangkan sub tema undang-undang, budaya, tokoh, hubungan antarabangsa dan diplomatik, perbandingan, mitos dan sejarah, pengaruh agama, adaptasi, historiografi dalam teknologi maklumat dan komunikasi, bahasa dan seni,” katanya. 

Persidangan yang mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu akan berlangsung di UMRAH bertemakan ‘Digitalisasi dan Transformasi Historiografi Melayu’. 

Ucaptama akan disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. A. Malik dari UMRAH, Indonesia; Dr. Abdul Halim  (Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Muhamasakree Manyunu dari University Fatoni of Thailand. 

Abdul Halim berkata, persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan pelbagai aspek berkaitan karya historiografi Melayu untuk kepentingan pembangunan peradaban Melayu masa hadapan.

Ia juga bagi membentuk jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengembangkan potensi karya historiografi Melayu ke dalam bidang-bidang lain serta mengumpul ahli sarjana, pencinta sastera, bahasa dan sejarah dalam forum akademik untuk mengembangkan bidang ilmu kesusasteraan Melayu bagi kepentingan masa depan. 

Persidangan dua tahun sekali ini diadakan bermula 2017 di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang diikuti HISTIC 2.0 pada 2019 dan HISTIC 3.0 pada 2021 di UPSI. – UTUSAN

 

.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN