Percaya agenda reformasi, tapi mereka lepasi 'garis merah' - MUDA

Percaya agenda reformasi, tapi mereka lepasi ‘garis merah’ – MUDA

AMIR Abdul Hadi menyerahkan surat bantahan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung kes Ahmad Zahid di di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan kerajaan selepas didorong tindakan Pakatan Harapan (PH) sendiri yang dilihat melepasi ‘garis merah’ .

Setiausaha Agungnya, Amir Abdul Hadi berkata, parti itu menyertai gabungan berkenaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana percaya dengan agenda reformasi yang dibawa mereka.

Beliau berkata, kes rasuah melibatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan salah satu kes besar yang dibawa PH ketika kempen PRU15.

“Bayangkan selepas PRU14 dahulu jika tidak ada tindakan dikenakan terhadap skandal 1MDB, sudah tentu kita akan marah,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil pejabat Jabatan Peguam Negara di sini hari ini.

Terdahulu, MUDA bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum bantahan berhubung keputusan Pejabat Peguam Negara yang memohon Timbalan Perdana Menteri dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi pada 4 September lalu.

Mengulas lanjut, Amir turut menyifatkan keputusan untuk keluar dari blok Kerajaan Perpaduan bukan suatu perkara mudah untuk diputuskan.

Namun, katanya, pendirian ini perlu dibuat kerana tidak mahu melanggar prinsip parti itu yang dipegang selama ini.

“Walaupun MUDA keluar dari kerajaan, MUDA berada di blok ketiga dan kita bukan parti yang bersama dengan PN (Perikatan Nasional).

“Kita nak memainkan semak dan imbang dan tak mahu penggunaan sentimen kaum dan agama yang melampau selain membawa suara progresif di Parlimen dan mementingkan isu rakyat,” katanya.

MUDA semalam mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dibuat bersama pimpinan MUDA yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya