Penerima Anugerah Pengarah dedikasi kejayaan untuk arwah ayah

Penerima Anugerah Pengarah dedikasi kejayaan untuk arwah ayah

MUHAMAD Syed Mustafar Ibrahim (kiri) bersama kakaknya, Siti Nur Balqis Ibrahim (kanan) selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke 36 di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suasana Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu Ke-36 di sini hiba apabila seorang penerima Anugerah Pengarah mendedikasikan kejayaan itu kepada arwah bapanya yang meninggal dunia semasa minggu peperiksaan.

Lebih mengharukan, Muhammad Syed Mustafar Ibrahim, 22, turut menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Jabatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Syed Mustafar berkata, kedua-dua anugerah itu merupakan hadiah terindah buat semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya terutama arwah bapanya, Allahyarham Ibrahim Ali Ahmad.

“Saat kehilangan ayah cukup menyukarkan sehinggakannya hilang arah di sepanjang minggu peperiksaan. Mahu ulangkaji pelajaran cukup susah. Namun saya bernasib baik kerana para pensyarah, keluarga dan kawan-kawan sentiasa memberikan semangat untuk saya meneruskan perjuangan.

“Arwah ayah selalu cakap. Macam manapun teruskan belajar sebelum pemergiannya pada awal tahun lepas iaitu pada akhir semester empat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke-36, di sini hari ini.

Bagi Muhammad Syed Mustafar, kata-kata arwah ayahnya menjadi kunci yang membolehkan dia menghidupkan kembali semangat yang membolehkan dia bangkit dan meneruskan perjuangan sehingga meraih kejayaan pada hari ini.

Anak jati Pasir Mas yang kini menetap dan bekerja sebagai pembantu juruukur bahan di Puchong, Selangor itu turut berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

Dalam pada itu, kakaknya, Siti Nur Balqis, 26, yang berkelulusan Diploma Pengurusan Pemasaran dari Kolej Islam Antarabangsa menganggap kejayaan Muhammad Syed Mustafar sebagai pencapaian paling besar dalam keluarga mereka dan menjadi kebanggaan buat dirinya, arwah ayah mereka serta ibu, Hanaliza Ali.

“Ini hasil usahanya. Selepas pemergian arwah ayah dia betul-betul ‘push’ dirinya sehingga mencapai kejayaan cukup bermakna pada hari ini. Dia tulang belakang kami semua dan dia sentiasa menyokong adik-beradiknya.

“Saya bangga dengan dia kerana dalam membantu dirinya sendiri dia tetap tidak lupa membantu kami semua. Saya rasa dia mampu mencapai kejayaan dan peluang lebih cerah kerana sikapnya yang tidak pernah kenal erti putus asa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya