Pegawai penyiasat dari Unit D5 tiba ambil keterangan Abdul Hadi

Pegawai penyiasat dari Unit D5 tiba ambil keterangan Abdul Hadi

PEGAWAI penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tiba di di Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tiba di di Pejabat Pas Pusat kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

Kehadiran pegawai  penyiasat itu untuk mengambil keterangan berkaitan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar minggu lalu.

Difahamkan, Abdul Hadi telah berada di pejabatnya sejak pagi tadi.

Terdahulu, seramai kira-kira 20 petugas media telah berkumpul sejak pukul 9 pagi tadi berkaitan kes tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman berkata, satu sidang akhbar akan dilakukan selepas proses rakaman percakapan selesai.

Kelmarin, Abdul Hadi yang sepatutnya diambil semalam ditangguhkan kerana masalah kesihatan.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial X (dulu dikenali sebagai Twitter) mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.

Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri pada dua hari lalu dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN