Patah hati bukan sesuatu yang menyeronokkan - Sophia Albarakbah - Utusan Malaysia

Patah hati bukan sesuatu yang menyeronokkan – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Patah hati bukan sesuatu yang menyeronokkan jadi saya tak mahu melalui fasa itu lagi.”

Itu luahan pelakon sensasi, Sophia Albarakbah selepas mendedahkan hubungannya dengan bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr Doktor kecundang separuh jalan.

Kongsi Sophia, biarpun didekati ramai lelaki selepas dia kembali solo, tetapi buat masa ini, dia tidak mahu menjalinkan hubungan cinta kerana tidak mahu melalui fasa putus cinta yang sangat menyakitkan.

“Buat masa ini, pintu hati saya sudah tertutup sepenuhnya untuk sesiapa. Jujur memang ada ramai yang cuba mendekati tetapi hati saya belum bersedia.

“Patah hati adalah fasa yang cukup menyakitkan. Perasaan itu tidak mudah, yang melalui pasti memahami,” katanya ketika ditemui pada sidang media siri terbaharu Viu Original, From Saga With Love, baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya apakah punca sebenar perpisahan tersebut berlaku, pelakon Aku Akad Kau Dengan Bismillah ini hanya mendiamkan diri dan mengalih topik sesi temu bual kepoada kerjayanya.

“Ada banyak perkara peribadi yang saya fikir lebih baik kekal privasi dan tidak dikongsikan kepada umum. Sekarang fokus saya yang paling utama adalah 100 peratus kerja.

“Saya mahu memberikan tumpuan berlipat kali ganda kepada karier lakonan. Nak fikir pasal teman lelaki atau mencari jodoh, bukan sekarang. Penat,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN