Peluang Messi ‘lepas geram’ berdepan PSG

Peluang Messi ‘lepas geram’ berdepan PSG

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pengurus Inter Miami, Javier Mascherano, menyifatkan perlawanan menentang Paris St-Germain (PSG) pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab Ahad ini merupakan peluang terbaik untuk Lionel Messi ‘lepas geram’.

Kata Mascherano, Messi selalu menyerlah apabila dia mempunyai sesuatu yang ingin dibuktikan.

Messi yang menyertai PSG pada 2021 selepas meninggalkan Barcelona, menghabiskan dua musim di Perancis dengan memenangi dua gelaran Ligue 1, namun gagal merangkul trofi Liga Juara-Juara.

Tempohnya di kelab itu, juga dicemari hubungan yang tegang dengan penyokong dan Messi sendiri mengakui bahawa dia tidak bahagia ketika berada di Paris.

“Bagi kami, adalah lebih baik jika Messi bermain dalam keadaan marah. Dia salah seorang pemain yang apabila ada sesuatu mengganggu fikirannya, dia akan memberikan lebih daripada biasa,” kata Mascherano.

Mascherano adalah sebahagian daripada skuad Barcelona dalam kemenangan epik 6-1 ke atas PSG pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara 2017, ketika pasukan Catalan itu terlebih dahulu tewas 0-4 di Paris pada aksi pertama dikendalikan jurulatih PSG ketika ini, Luis Enrique.

Beberapa pemain Inter Miami turut terlibat dalam perlawanan bersejarah itu, termasuk Jordi Alba yang berada di bangku simpanan, manakala Messi, Luis Suarez dan Sergio Busquets dalam kesebelasan utama.

Mascherano mengakui aksi berdepan PSG adalah perlawanan sukar terutama pasukan itu telah berjaya memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah tetapi ia juga satu penghormatan buatnya berdepan pasukan dibimbing oleh antara pengurus terbaik dunia, Luis Enrique.

“Luis Enrique sahabat saya, selain pernah menjadi jurulatih saya selama tiga tahun. Kami mempunyai hubungan yang sangat baik. Ia akan menjadi satu penghormatan untuk berdepan salah seorang jurulatih terbaik dalam karier saya,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN