Pas tidak halang tanding jawatan Presiden - Utusan Malaysia

Pas tidak halang tanding jawatan Presiden

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pas tidak meng­halang ahlinya bertan­ding termasuk dua jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 yang dijadual pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas tidak pernah melarang mana-mana pihak yang mempunyai kelayakan untuk bertan­ding.

Katanya, pemimpin yang mendapat soko­ngan atau cadangan pencalonan dengan jumlah tertentu yang ditetapkan dari kawasan-kawasan Pas layak bertanding.

“Dalam Pas, kita terbuka tidak larang mana-mana pemimpin bertan­ding dan hasil keputusan di dalam muktamar akan sentiasa dipatuhi.

“Kebanyakan pemim­pin Pas ini tidak suka menonjol atau merebut jawatan dan kalau terpilih akan melaksanakan tugas dengan baik,” katanya di sini semalam.

Tambah Hashim, kawasan-kawasan Pas boleh mencadangkan nama pemimpin untuk bertan­ding jawatan di dalam parti.

Sementara itu Hashim berkata, antara isu utama yang bakal diketengahkan dalam muktamar parti itu bulan depan lebih kepada soal perpaduan ummah.

Katanya, perpaduan ummah yang diusahakan selama ini sentiasa ada halangan dan perkara itu akan diperbincangkan demi penyatuan di negara ini.

“Penyatuan ummah bukan sekadar Islam tetapi melibatkan ummah secara keseluruhannya. Perkara itu sentiasa menjadi keutamaan kita.

“Penyatuan ummah ini bukan sahaja Islam malah masyarakat bukan Islam juga akan tertarik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN