Mohd. Nor dilantik Speaker DUN Terengganu baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Nor dilantik Speaker DUN Terengganu baharu

MOHD. Nor Hamzah mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Terengganu baharu bagi penggal Ke-15 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Datuk Mohd. Nor Hamzah  mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua atau Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini, sekali gus mengesahkan desas-desus pelantikannya, sebelum ini.

Mohd Nor, 51, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Setiausaha DUN Terengganu, Zulkifly Isa di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

.Pemilihan Mohd. Nor sebagai Speaker DUN baharu dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri Terengganu, Datuk Satiful Bahari Mamat yang juga ADUN Paka.

Mohd. Nor yang juga Bendahari Pas Terengganu telah menjadi ADUN Bukit Payung sejak tahun 2008 dan pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tempoh sepenggal iaitu dari 2018 hingga 28 Jun lalu.

Beliau menggantikan Datuk Yahaya Ali yang telah berkhidmat selama sepenggal sebelum ini.

Dalam pada itu, ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat, 54, pula dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Terengganu.

Dalam majlis yang sama, kesemua 32 wakil rakyat yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu secara rasmi mengangkat sumpah sebagai ADUN Terengganu bagi penggal ke-15, hari ini.

Majlis angkat sumpah itu diketuai Ahmad Samsuri di hadapan Yang Dipertua DUN Terengganu yang baharu, Mohd Nor.

Seterusnya angkat sumpah dilakukan oleh kesemua 31 ADUN yang lain iaitu Satiful Bahri (Paka), Datuk Razali Idris (Kijal), Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk), Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Hishamuddin Abdul Karim (Tepuh), Ariffin Deraman (Alor Limbat), Maliaman Kassim (Ajil), Hanafiah Mat (Chukai) dan Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman (Kota Putera).

Proses angkat sumpah seterusnya dilakukan oleh Ahmad Shah Muhamed (Bandar), Dr. Riduan Mohamad Nor (Jertih), Dr. Mamad Putih (Kuala Berang), Ridzuan Hashim (Buluh Gading), Ir. Saiful Azmi Suhaili (Kemasik), Zuraida Md. Noor (Ladang), Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan), Hilmi Harun (Manir), Khazan Che Mat (Seberang Takir).

Ia diikuti Mohd. Husaimi Hussin (Hulu Besut), Mohd. Yusop Majid (Permaisuri), Mohd. Fadhli Rahmi Zulkifli (Rantau Abang), Mohd. Shafizi Ismail (Batu Rakit), Azmi Maarof (Langkap),  Dr. Azman Ibrahim (Jabi),  Mohd. Hafiz Adam (Air Putih), Mohd. Zawawi Ismail (Telemong), Zaharudin Zahid (Bukit Tunggal), Azbi Salleh (Kuala Besut), Ghazali Sulaiman (Bukit Besi) dan Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md. Fauzi (Sura).

Pada PRN 12 Ogos lalu, Perikatan Nasional (PN) Terengganu mencipta kejutan apabila menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN negeri itu.

Daripada 32 ADUN tersebut, seramai 27 orang ialah ADUN Pas dan lima lagi ialah ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya