MUAR: Akar umbi UMNO termasuk orang Melayu di Johor secara keseluruhannya tidak perlu fobia dengan DAP yang berada dalam Kerajaan Perpaduan kerana mereka sudah menyatakan deklarasi menyokong empat perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketika ditemui Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara-perkara itu adalah DAP menyokong kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta bahasa Melayu…