Lelaki maut ditembak lima das di kepala, satu di badan

Lelaki maut ditembak lima das di kepala, satu di badan

Tembak maut
S. Vijaya Rao ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan IPD Klang Utara dekat Balai Polis Kapar di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lima das tembakan di kepala dan satu di badan menyebabkan seorang lelaki maut dalam satu insiden di hadapan deretan kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar  di sini, pada pada malam 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan akibat ditembak (gunshot wound), namun motif kejadian masih disiasat.

“Polis sudah merekodkan keterangan daripada 10 orang termasuk termasuk ahli keluarga, jiran dan kawan-kawan yang rapat dengan si mati. Dalam masa sama polis masih mengesan jika terdapat individu lain yang terlibat dalam kes terbabit.

“Semalam polis membebaskan dengan jaminan terhadap keenam-enam lelaki yang direman selama lima hari sebelum ini, namun salah seorang daripada mereka dituduh di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana terdapat tatu pada anggota badan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kongsi gelap,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan suasana gempar tercetus di lokasi kejadian , apabila orang awam mendengar beberapa das tembakan terhadap seorang lelaki berusia 36 tahun yang maut di hadapan deretan kedai kawasan itu.

Justeru, polis menahan keseluruhan enam lelaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) sebelum membebaskan mereka dengan jaminan polis.

Dalam pada itu, Vijaya Rao memaklumkan polis mengesahkan mangsa dikenali oleh sebahagian daripada keenam-enam suspek.

“Dalam kalangan enam orang itu ada kawan-kawan si mati, dalam kalangan mereka yang tahu, kenal satu sama lain. Jadi sesiapa yang ada di tempat kejadian, sebelum kematian yang ada bersama si mati kita pickup (ambil) dan soal siasat serta reman selama lima hari.

“Polis sedang mengesan individu lain, tetapi setakat ini belum ada tangkapan, kes ini masih lagi dalam siasatan dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman pun ada bantu kami, mereka pun ada follow-up, harap-harap dapat selesaikannya dalam masa terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, pada perhimpunan tersebut, beliau menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 44 warga IPD Klang Utara serta surat penghargaan Ketua Polis Daerah kepada 78 penerima termasuk 15 orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya