‘Masa kawan halal, bila lawan haram’

‘Masa kawan halal, bila lawan haram’

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda UMNO menggesa para pemimpin tidak mempergunakan fatwa sewenangnya ketika masing-masing berkempen untuk menang pada musim pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pemimpin patut berlawan dengan idea dan hujah yang boleh membantu rakyat dan bukan dengan mengeluarkan fatwa ‘haram’ di sana sini.

“Dahulu, masa berkawan jadi halal, bila lawan jadi haram pula..,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan menggesa pengundi di Parlimen itu supaya tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat.

“Jangan bagi satu undi (kepada Suhaizan). Saya bagi hukum haram. Ada esok, cabar saya ikut fatwa mana…tak boleh kerana situasi yang sudah berlaku sekarang…sembilan bulan sudah berlalu…ujian.

“Macam soal kenaikan harga. Sebab itu waktu PRK kita tunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawa kami yang berada di Pulai akan tentang habis-habisan Anwar Ibrahim.. dan tidak akan memberi satu undi kepada pihak, parti yang menentang saudara (calon PN) Zulkifli Jaafar, boleh atau tidak?” kata Muhyiddin. 

Menurut Muhammad Akmal, kini adalah masa untuk semua membawa politik matang serta membina dan bukannya menghancurkan pemikiran rakyat.

“Parti digunakan untuk mempertahankan agama, bukan agama digunakan untuk mempertahankan parti politik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN