PUTRAJAYA: “Kami sudah rancang bertunang tahun depan tetapi tidak menyangka Allah SWT lebih menyayanginya,” kata Farah Atikah Bakti, 24, teman wanita kepada Allahyarham Faris Haziq Abu Bakar. Faris Haziq antara dua yang maut dalam nahas 14 kenderaan di Jalan Persiaran Utara, di sini, kelmarin yang turut mengorbankan penjawat awam di Mahkamah Ampang, Yuswar Mohd Uyus, 39. Farah Atikah berkata, dia sudah mengenali Allahyarham Faris Haziq sejak lima bulan lalu melalui…










