Malaysia, Republik Rwanda perkukuh kerjasama

Malaysia, Republik Rwanda perkukuh kerjasama

DR. ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Republik Rwanda sepakat meningkatkan kerjasama dan perdagangan dua hala dalam pelbagai bidang serta membuka peluang bertukar-tukar pandangan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Republik Rwanda, Vincent Biruta di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang ke-78.

“Semasa pertemuan ini, kedua-dua kami bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dan perdagangan dua hala dalam bidang berkepentingan bersama seperti pendidikan, pertanian dan industri minyak sawit.

“Pertemuan ini juga membuka peluang kepada kedua-dua negara Malaysia dan Rwanda untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu pelbagai hala dan antarabangsa.

“Rwanda mempunyai tanah yang subur dan daratan yang berbukit bukau. Disebabkan ini, negara ini digelar ‘bumi dengan ribuan bukit-bukau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Zambry bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke UNGA ke-78 yang bermula hari ini sehingga 26 September ini di New York.

Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia ke sana membuat penampilan pertama beliau di perhimpunan tahunan pertama pemimpin dunia tersebut.

Ahli Parlimen Tambun itu dilaporkan akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030.-UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN