Malaysia bebas penyakit haiwan Kuda Afrika

Malaysia bebas penyakit haiwan Kuda Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Malaysia menerima semula status bebas penyakit Kuda Afrika (AHS) pada 15 September lepas selepas digantung tiga tahun lalu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam kenyataan memaklumkan, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Dunia (WOAH) melalui suratnya kepada jabatan itu menyatakan bahawa Malaysia memenuhi syarat yang ditentukan oleh badan itu melalui Resolusi No. 15.

“Ia bagi mendapatkan semula status bebas AHS yang digantung berikutan kejadian penyakit tersebut pada Ogos 2020.

“Dalam memastikan status bebas ini dapat dikekalkan, DVS terus menjalankan ujian makmal bagi keperluan survelan AHS berdasarkan Article 12.1.5 Terrestrial Animal Health Code,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DVS menegaskan, jabatan ini sentiasa komited dalam memastikan haiwan dan ternakan di dalam negara bebas dari sebarang ancaman penyakit.

AHS adalah sejenis penyakit yang menjangkiti semua haiwan ekuids (kuda, keldai, zebra dan mule) yang disebabkan oleh virus dari genus Orbivirus, famili Reoviridae.

Penyakit ini merupakan penyakit bawaan vektor serangga Culicoides sp. (agas) dan berupaya mengakibatkan gejala yang serius dengan kadar kematian sehingga mencecah 95 peratus sekiranya berlaku pada kuda.

Pada Ogos 2020, empat ekor kuda di mukim Manir, Kuala Terengganu dikesan positif virus penyakis AHS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya