Lima suspek termasuk abang ipar mangsa rogol diburu

Lima suspek termasuk abang ipar mangsa rogol diburu

SITI KAMSIAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan lima suspek terma­suk abang ipar seorang wanita yang dipercayai dirogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Wangsa Maju dekat sini semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, pihaknya sedang mengesan kelima-lima suspek yang dipercayai melarikan diri selepas mangsa berusia 27 tahun itu membuat laporan polis.

Katanya, ketika kejadian, kakak mangsa tiada di rumah dipercayai telah keluar dari kediaman tersebut sejak beberapa minggu lalu akibat perselisihan faham dengan abang ipar mang­sa.

“Sebelum kejadian, anak saudara mangsa turut terlihat kesemua suspek pulang ke rumah bersama abang iparnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat me­ngikut Seksyen 376 Kanun Ke­seksaan.

Terdahulu, sumber dilaporkan berkata, kejadian pukul 3.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila wanita tersebut ter­sedar mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

Jelas sumber, turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan terkutuk itu.

“Selepas memperkosa mang­sa, tiga suspek termasuk abang ipar mangsa dan seorang lagi rakan mereka terus melarikan diri.

“Mangsa cedera serta lebam di tangan dan akibat trauma dengan kejadian itu, dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN