Letak pistol di kepala pun saya tak akan beritahu harga bayaran - Wan Hanafi Su - Utusan Malaysia

Letak pistol di kepala pun saya tak akan beritahu harga bayaran – Wan Hanafi Su

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Wan Hanafi Su, 73, bertegas bahawa semua pelakon harus tahu meletakkan diri pada kadar bayaran yang sepatutnya jika tidak mahu diri berasa ditindas.

Menurut Wan Hanafi, ini kerana kadar bayaran itu juga menunjukkan harga diri mereka sebagai anak seni terutama jika sudah terlalu lama berkecimpung dalam industri lakonan.

“Saya pernah ditanya secara umum mengenai soal bayaran, berapa harga saya untuk sesebuah filem atau drama. Letak pistol di kepala pun saya tak akan beritahu.

“Itu kan harga diri. Pernah juga ada yang tawarkan kerja, dia dah tahu kadar bayaran saya, tetapi dia minta saya kurangkan lagi harga.

“Jika begitu, memang saya tak ralat untuk lepaskan. Pada saya itu terlalu menghina,”katanya.

Wan Hanafi berkata demikian semasa ditemui pada sidang media filem La Luna arahan M. Raihan Halim di ibu negara, hari ini.

Turut hadir ialah Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Eidil Putra, Hisham Hamid, Nadiya Nisaa, Namron dan Farah Ahmad.

Selain itu, akui Wan Hanafi, kadar bayaran untuk khidmat lakonannya tidak begitu tinggi dan masih berada pada tahap yang relevan.

“Harga saya pun biasa-biasa saja, jadi kenapa sampai nak tawar-menawar? Lainlah kalau kadar bayaran saya ini terlalu tinggi.

“Alhamdulillah setakat ini saya tiada isu bayaran. Sebabnya, kalau penerbit nak berkira-kira membayar khidmat lakonan kita, lebih baik kita jangan terlibat.

“Kalau ambil juga semata-mata kita kata untuk duit makan, anda akan menjejaskan kualiti persembahan. Kita ini nak rasa seronok dalam bekerja dan berikan terbaik tapi harga bayaran pun janganlah terburuk,”katanya.

Dalam pada itu, kata Wan Hanafi lagi, dia juga kekal dengan prinsip untuk tidak mengambil beban kerja yang banyak pada satu masa.

Berikutan itu, katanya, tidak hairanlah mengapa pelakon sepertinya tidak berstatus kaya raya berbanding dengan artis atau pelakon lain.

“Saya tak pernah ambil tawaran kerja banyak dalam satu masa. Itu sebablah saya tak kaya-kaya. Saya cuma nak senang saja, tak mahu kaya.

“Ini ada yang ambil banyak kerja, tetapi harga bayaran pun sampai kena tawar-menawar, kalau jadi pada diri, saya malu. Satu saya nak pesan pada artis seusia, kita kena tahu harga diri.

“Kalau nak seronok dalam hidup, sensitiflah pada yang positif. Jangan sensitif kepada yang negatif,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya