Lelaki dilaporkan hilang di pantai Teluk Senangin ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

Lelaki dilaporkan hilang di pantai Teluk Senangin ditemukan mati lemas

ANGGOTA bomba mengangkat naik mayat lelaki yang ditemukan lemas di pantai Teluk Senangin, Lumut. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di pantai Teluk Senangin, dekat sini semalam, ditemukan mati lemas petang tadi.

Jasad Muhammad Fahmi Hafizi Mohd. Fadzli, 19, ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang pada pukul 5.29 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 10 meter dari kawasan selaman pencarian di bawah air oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pasukan itu.

“Semalam, kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.58 pagi dimaklumkan seorang lelaki hilang ketika mandi bersama enam sepupunya di pantai tersebut.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis kemudian ke lokasi dan tiba pada pukul 10.19 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, SAR disambung pagi tadi bermula pukul 8 pagi dengan kawasan pencarian dipecahkan kepada beberapa sektor dan merangkumi sehingga 4.16 batu nautika atau 7.4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jelasnya, operasi hari ini agak mencabar kerana keadaan cuaca menyaksikan hujan lebat sejak awal pagi dan keadaan ombak bergelora agak kuat.

Katanya, seramai 49 anggota terlibat dalam SAR itu membabitkan anggota JBPM, pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) serta nelayan tempatan.

Beliau menjelaskan, sebanyak lima bot milik agensi berkaitan serta sebuah bot nelayan dan dua kayak digunakan dalam SAR tersebut.

Katanya, operasi diketuai Ketua BBP Pantai Remis, Mohd. Akmal Hussin itu tamat sepenuhnya pada pukul 6 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya