Lantikan JPKKP tak wajar, iktiraf MPKK - Utusan Malaysia

Lantikan JPKKP tak wajar, iktiraf MPKK

MOHD. SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) disifatkan tidak wajar memandangkan kerajaan negeri telah melakukan pemilihan Majlis Pemba­ngunan dan Keselamatan Kampung (MPKK).

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, Kerajaan Persekutuan seharusnya mengiktiraf peranan MPKK memandangkan pihak terlibat berkhidmat untuk rakyat di negeri ini.

Malah katanya, situasi itu akan mengelirukan rakyat memandangkan kedua-dua lantikan itu mempunyai peranan dan fungsi yang sama.

“Jadi selepas ini andainya ada pihak yang ingin dapat bantuan buku dan sebagainya daripada Jabatan Pendidikan, mereka perlu tandatangan JPKKP.

“Jika ingin memohon bantuan seperti Baitulmal pula, mereka perlu dapatkan tandatangan MPKK, jadi keadaan ini akan menimbulkan kecelaruan,” katanya di sini semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Perlis bakal menjadi negeri rintis memulakan pemilihan Pengerusi JPKKP selepas mendapat persetujuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman dilaporkan berkata, pelantikan itu bagi peringkat negeri ini juga dijangka dibuat pada bulan ini atau Oktober depan.

Mengulas mengenai pelantikan MPKK, Mohd. Shukri berkata, buat masa ini setiap pengerusi yang dipilih tidak menerima sebarang elaun daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun kita sedang usahakan agar elaun itu dapat dimasukkan dalam bajet untuk diberikan kepada pihak yang dilantik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN