KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,940 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan pada Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur fasa dua, semalam.
Menerusi operasi yang dijalankan di sekitar ibu negara itu, sebanyak 42 pegawai dan 666 anggota terlibat.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi semalam adalah halangan lalu lintas dengan 4,876 saman dikeluarkan diikuti lain-lain kesalahan (837 saman) dan tiada lesen memandu (tempatan) sebanyak 76 saman.
“Sebanyak 58 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan nombor pendaftaran kotor atau kabur, jalan semasa lampu isyarat merah (56 saman); kenderaan di laluan pejalan laki /garisan putih (29 saman), tiada lesen memandu warga asing (7 saman) dan berhenti di petak kuning sebanyak satu saman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sarifudin berkata, seramai 12 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk mabuk, menjalankan kegiatan parkir haram selain kes dadah.-UTUSAN









