Kutipan sampah pintu ke pintu kampung di Klang mulai bulan depan - Utusan Malaysia

Kutipan sampah pintu ke pintu kampung di Klang mulai bulan depan

Kutipan sampah
NORAINI Roslan ketika berucap pada mesyuarat itu di Ibu Pejabat MPK, Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kutipan sampah di kampung bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan dilaksanakan secara pintu ke pintu atau lot ke lot bermula awal bulan depan.

Proses kutipan itu akan dilakukan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) di semua lokasi terlibat.

Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan berkata, penduduk diminta bekerjasama menyediakan tong sampah dan meletakkannya di hadapan rumah atau premis masing-masing.

“Penyediaan tong sampah itu diwajibkan kepada semua premis mengikut Perkara 6 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPK 2007.

“Langkah itu memudahkan KDEBWM membuat kutipan sampah di premis mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Bulanan MPK, hari ini.

Jelas beliau, taklimat mengenai kutipan dan penyediaan tong sampah itu sudah dimaklumkan kepada penghulu dan ketua-ketua kampung pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Noraini berkata, pihaknya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang melaksanakan program gotong royong mega 2.0 perangi Aedes di Jalan Perigi Nenas, Pulau Indah, Ahad lalu.

“Program disertai 500 penduduk itu dilakukan bagi membanteras penularan sebanyak 44 kes yang dilaporkan di kawasan terbabit. 

Kami mahu memberi kesedaran kepada penduduk setemlat supaya menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan potensi tempat pembiakan nyamuk,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya