Kuching, Serian catat bacaan IPU tidak sihat di Sarawak

Kuching, Serian catat bacaan IPU tidak sihat di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Bahagian Kuching dan Serian mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi berbanding bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) setakat jam 11 pagi hari ini, bacaan IPU bagi di bahagian Kuching dan Serian adalah 152, diikuti Samarahan (100), Sri Aman (97) dan Sarikei (77)

Manakala, Mukah (76), Miri dan Bintulu (73), Sibu (72) dan Kapit (67).

Namun secara keseluruhan, IPU di Sarawak pada tahap sederhana.

Bacaan IPU dikategorikan kepada lima iaitu baik (bawah 50), sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (300 ke atas). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN