KPKT tetapkan sasaran kadar kitar semula negara

KPKT tetapkan sasaran kadar kitar semula negara

NGA Kor Ming melawat tapak pameran ketika sidang akhbar Penubuhan Majlis Ekonomi Sisa Pepejal di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menetapkan sasaran baharu kadar kitar semula di negara ini kerana ia jauh ketinggalan berbanding di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ketika ini, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menetapkan sasaran 40 peratus menjelang 2025 berbanding 60 hingga 70 peratus di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kadar kitar semula di Malaysia ketika ini adalah pada tahap 33.1 peratus dan dua tahun lagi diperlukan bagi mencapai sasaran 40 peratus.

“Sasaran baharu kadar kitar semula itu akan ditentukan oleh Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal (Majlis NCEC) yang bermesyuarat kali pertama pada Disember depan,” katanya pada majlis pengumuman majlis berkenaan, di sini hari ini.

Katanya, Majlis NCEC ini diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Ogos lalu sebagai platform nasional bagi mempercepatkan agenda peralihan pengurusan sisa pepejal negara.

Kor Ming berkata, Majlis NCEC ini juga mendapat sokongan daripada 15 buah kementerian dan bakal memberi tumpuan kepada enam elemen yang menyokong ekosistem kitaran.

Enam elemen itu ialah membangunkan pasaran kitar semula, mereka bentuk produk kitar semula, menggalakkan pengasingan sisa di punca, menyedia kemudahan infrastruktur, membangunkan sistem data bersepadu dan mewujudkan platform kerjasama awam, swasta dan komuniti.

“Majlis NCEC juga diperkenal sebagai satu platform nasional untuk mempercepatkan agenda ekonomi kitaran secara kolektif, tersusun dan bersepadu.

“Antara fokus Majlis NCEC adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan dasar, perundangan, inisiatif, isu pelaksanaan, strategi dan pelan tindakan berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya