Kesalahan halang lalu lintas paling banyak disaman

Kesalahan halang lalu lintas paling banyak disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesalahan menghalang lalu lintas mencatatkan saman paling tinggi dikeluarkan Polis Kuala Lumpur dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) yang dilaksanakan sejak Jumaat lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, sebanyak 5,953 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang memasuki hari ketiga pelaksanaannya.

Kata beliau, kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi semalam adalah halangan lalu lintas dengan 4,637 saman dikeluarkan diikuti lain-lain kesalahan (927 saman) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (203 saman).

“Jumlah saman dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan tiada lesen memandu bagi individu tempatan (106), jalan semasa lampu isyarat merah (41), ubah suai nombor pendaftaran (20), berhenti di petak kuning (lima) dan tiada lesen memandu warga asing (empat),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sarifudin berkata, tiada sitaan dibuat dalam operasi berkenaan.

“Kita menahan 11 individu atas pelbagai kesalahan mengikut termasuk mabuk, menjalankan operasi parkir haram, memiliki kenderaan curi serta kes dadah.

“Seramai 40 pegawai serta 664 anggota trafik terbabit dalam 16 operasi dijalankan di sekitar ibu kota, semalam. Antara operasi yang dijalankan adalah Op Utama (had laju/LSD/ lampu isyarat merah), Op Motosikal, Op Samseng Jalanan, Op Parkir Haram, Op Mabuk, Op Khas, Op Pelbagai dan Op Halangan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN