Kertas siasatan nahas Putrajaya dirujuk TPR

Kertas siasatan nahas Putrajaya dirujuk TPR

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan kemalangan yang menyebabkan dua maut di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, di sini, Rabu lalu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu treler berkenaan adalah negatif.

“Kita sudah rujuk TPR untuk tindakan lanjut sama ada mendapat arahan untuk mendakwa pemandu treler atau sebaliknya. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini. 

Bagaimanapun, tambahnya, pihaknya sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengetahui punca kemalangan. 

Semalam, pemandu treler berusia 29 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong berdekatan susur keluar Jalan Persiaran Timur, Putrajaya.

Kejadian dipercayai berlaku pada 10.15 pagi apabila lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN