Kerajaan Sabah komited noktahkan kemiskinan

Kerajaan Sabah komited noktahkan kemiskinan

JUHAR Mahiruddin (tiga kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman (empat kiri) di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) sedang menyusun dan akan melaksanakan program-program untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara tindakan yang akan diambil adalah memperuntukkan RM125 juta setiap tahun untuk Program Rumah SMJ bagi membina rumah untuk rakyat miskin tegar yang tersenarai dalam e-Kasih.

“Kerajaan juga akan memperuntukkan sejumlah RM175 juta khas untuk program membasmi kemiskinan dengan mendapatkan peluang pekerjaan kepada golongan sasar bagi membolehkan mereka terkeluar dari kategori miskin tegar.

“Kerajaan negeri juga menyambut baik komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai usaha untuk mensejahterakan rakyat dengan langkah ke arah menoktahkan kemiskinan yang bertepatan dengan ajaran Rasulullah SAW,” katanya semasa majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah 1445H/2023M, di sini hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri berada pada landasan yang tepat selaras dengan pelaksanaan pelan pembangunan SMJ, yang kini hasilnya telah dapat disaksikan dan rasakan, terutama dalam usaha membangunkan semula ekonomi negeri.

Katanya, selaku pemimpin ummah, Nabi Muhammad SAW sering mengingatkan pentingnya ukhuwah dan perpaduan dalam bermasyarakat dan bernegara kerana persengketaan dan perbalahan dalam kalangan umat akan membawa kepada perpecahan dan kehancuran.

Menurutnya, budaya adu domba, dendam kesumat, benci membenci, fitnah memfitnah dan berpuak-puak, bukan hanya akan merencatkan usaha membina negara yang bersatu padu, malah akan menjadikan masyarakat berpecah-belah, lemah dan mudah ditindas.

Menurut beliau, pembinaan tamadun yang gemilang bergantung kepada pencapaian sesebuah bangsa atau ummah kerana prestasi ummah yang baik pasti melahirkan tamadun agung yang memberi kesejahteraan kepada umat sejagat.

“Dalam konteks negeri Sabah, semangat kekitaan dan perpaduan kaum perlu sentiasa dijaga dan dipelihara.

“Sekarang adalah masa dan detiknya untuk kita mempertingkatkan lagi silaturrahim, membina ukhuwah dan kesepakatan, kerana kita perlu merencana dan mengatur masa hadapan yang lebih kondusif dan cemerlang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya