TEMERLOH: Pengurusan Felda perlu mengemas kini pangkalan data buruh ladang sawit yang aktif dan produktif terutama melibatkan pekerja rakyat tempatan. Setakat ini, dilaporkan kira-kira 30,000 buruh ladang sawit di bawah kendalian Felda manakala secara keseluruhan berjumlah 200,000 orang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, selaras peningkatan pembelian minyak sawit Malaysia dari China, Felda perlu meningkatkan usaha bagi menarik lebih ramai pekerja tempatan menceburi sektor perladangan. Katanya, banyak faktor perlu disediakan untuk ‘memancing’ pekerja tempatan seperti gaji yang sesuai, kemudahan perubatan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya