MELAKA: Sejak kebelakangan ini, pelbagai rakaman klip video dan gambar membabitkan kemunculan buaya atau ‘sang bedal’ sekitar Melaka ditularkan dalam platform media sosial oleh warganet. Perkara itu menimbulkan dilema dan kegusaran dalam kalangan masyarakat terutama pelancong luar menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, yang pastinya tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik senario tersebut. Kelibat reptilia ganas itu bukan sahaja dilihat di kawasan habitat semula jadinya seperti di Kuala Linggi atau…










