JPN nafi video kitar semula berduyun pendatang China mohon kerakyatan

JPN nafi video kitar semula berduyun pendatang China mohon kerakyatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan video tular di media sosial ketika ini mengenai dakwaan ‘berduyun-duyun pendatang China Nak Mohon Kerakyatan Dari DAP’ adalah palsu.

Malah, JPN dalam kenyataan memaklumkan, video tersebut diulang siar iaitu merupakan video sekitar tahun 2018 dan pihaknya ketika itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara berkenaan.

Jelasnya, urus tadbir pengurusan kewarganegaraan di negara ini yang dilaksanakan JPN adalah berlunaskan Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

“Orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected],” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya