Jangan buat tuduhan aib maruah, hanya mahkamah boleh putus qazaf

Jangan buat tuduhan aib maruah, hanya mahkamah boleh putus qazaf

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini diingatkan tidak sekali-kali menuduh seseorang berzina atau liwat tanpa bukti kukuh termasuk melibatkan pemimpin negara.

Nasihat ini disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar susulan tular dakwaan liar seorang Ahli Parlimen berhubung isu itu.

“Saya menasihati masyarakat Islam secara keseluruhan tanpa merujuk kes spesifik yang tertentu, jangan sekali-kali buat tuduhan aib sedemikian,” katanya kepada pemberita merasmikan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 di Masjid Putra, di sini hari ini.

Kelmarin, tular warganet mengulas isu kekecohan di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin menjerit gelar peliwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas menteri kanan tersebut tidak berpuas hati terhadap jawapan balas Perdana Menteri mengenai pengguguran kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan itu, pengguna media sosial yang pro-Kerajaan Perpaduan mendesak agar tokoh Perikatan Nasional tersebut didakwa sebagai melakukan qazaf di mahkamah syariah.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’m berkata, seperti peruntukan undang-undang sivil, kesalahan qazaf kelazimannya bermula dengan aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa agama.

“Jika ada aduan kepada badan penguatkuasaan agama, maka siasatan boleh dijalankan dan kemudian baru mahkamah syariah dengar hujah oleh pendakwa syarie,” jelasnya.

Bagaimanapun ujarnya, hakim juga mendengar pembelaan daripada tertuduh dan selepas itu mahkamah boleh membuat keputusan sama ada berlaku kesalahan qazaf atau tidak.

Berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997, jika disabitkan kes itu boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun.

Justeru, Mohd. Na’im meminta umat Islam agar bertenang kerana mahkamah ada bidang kuasa dalam isu tersebut namun beliau menasihatkan supaya lebih memelihara aib orang.

Tuntutan itu tegasnya, antara tujuan utama syariah diturunkan Allah demi dijaga kredibiliti imej individu waima musuh sendiri dengan tidak dibuat tuduhan liar secara semberono.

Malah beliau menyatakan, Allah sendiri mahu umat Islam menegakkan keadilan sebenar meskipun mungkin kebenaran tidak memihak diri sendiri tetapi menyebelahi pihak lawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya