Isu kelemahan tatakelola tidak harus diselindung - KSN

Isu kelemahan tatakelola tidak harus diselindung – KSN

AZHAR Ahmad (tengah) ketika Majlis Perasmian Penutup Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah ke-2 di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Isu-isu kelemahan tata kelola melibatkan kepentingan negara dan mengakibatkan berlaku ketirisan wang kerajaan perlu dicari jalan penyelesaian bukannya diselindung atau ‘disapu bawah karpet.’

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ketirisan wang kerajaan berlaku disebabkan adanya ruang dan peluang serta mendedahkan kepada salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran.

Beliau berkata, peluang melakukan rasuah boleh wujud apabila berlaku kelemahan di dalam perundangan serta sistem kawalan dalaman.

“Contohnya, kelewatan memberi perkhidmatan akibat karenah birokrasi sedangkan pelanggan berkehendakkan perkhidmatan itu dengan segera.

“Keadaan ini boleh mewujudkan peluang rasuah untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat, justeru, sistem dan prosedur yang dikenal pasti tidak cekap yang membuka ruang dan peluang perlu diubah dan ditambah baik,” katanya.

Teks ucapan Mohd Zuki dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Azhar Ahmad pada majlis penutup Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah 2023, di sini hari ini.

Katanya, Perkhidmatan Awam sentiasa berusaha membanteras rasuah dengan memastikan tata kelola terbaik dan integriti tinggi menjadi amalan dan budaya semua pihak.

Mohd Zuki berkata, kerajaan amat serius dalam memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara bebas daripada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Katanya, dapatan kajian daripada persidangan ini diharap dapat dijadikan input yang signifikan dalam pembaharuan dan pelaksanaan dasar melibatkan aspek governans, integriti dan antirasuah.

Jelasnya lagi, resolusi daripada persidangan ini akan dijadikan input bagi memuktamadkan strategi baharu Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional atau dikenali sebagai National Anticorruption Strategy (NACS) kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya