JAKARTA: Pelakon dan penyanyi, Irwansyah mengalami patah tangan selepas terjatuh ketika menunggang kuda, baru-baru ini.
Perkembangan itu dikongsinya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram.
“Musibah kerana patah tangan akibat jatuh ketika berkuda.
“Tetapi rezeki kerana diberikan kefahaman oleh Allah terhadap kasih sayang luar biasa isteri dan anak-anak,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, pelakon yang popular menerusi filem Heart dan Love Is Cinta itu turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada sahabat dan peminatnya yang tidak henti berdoa dan memberikan perhatian sepanjang proses pemulihannya.
“Masya-Allah, terima kasih doa dan perhatiannya,” tulisnya lagi.