Idan Aedan block wanita hantar gambar lucah di media sosial - Utusan Malaysia

Idan Aedan block wanita hantar gambar lucah di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Idan Aedan, tidak teragak-agak untuk menyekat mana-mana pemilik akaun media sosial yang menghantar mesej dan foto lucah kepadanya. 

Kata Idan atau nama penuhnya Muhammad Shahidan Abdullah, 19, dia berhadapan situasi itu apabila seorang wanita menghantar foto tidak senonoh menerusi Instagram.

“Tapi disebabkan saya tidak menerima ‘request’ wanita itu, jadi foto yang dihantarnya menjadi kabur. 

“Saya tahu ia foto tidak senonoh. Saya terus sekat kerana tidak mahu perkara sebegitu tersimpan dalam mesej atau friend request saya,” katanya yang sebelum ini turut menerima mesej yang sama dari pengikut lelaki.

Idan ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan dan sidang media filem Tebus baru-baru ini.

Namun, kata Idan dia masih percaya media sosial adalah platform yang baik untuk mengenali pengikutnya dengan lebih dekat. 

“Saya tak anggap pengikut di laman media sosial sebagai peminat. Sebaliknya, kawan. Kadang ada sahaja perkara random yang kami bualkan. Tak sangka perbualan itu menjadi seronok. 

“Saya mahu mereka selesa menegur saya di media sosial,” tambahnya.

Terkini, Idan tampil memegang karakter sebagai Jalil menerusi filem Tebus. Jalil merupakan adik kepada Johan lakonan Aedy Ashraf yang mengalami masalah jantung. 

Johan terpaksa menculik Ana lakonan Ahirine, iaitu anak kepada pemilik syarikat barang kemas Suci. Upah penculikan tersebut akan digunakan untuk membeli jantung untuk adiknya dari pasaran gelap. 

Filem terbitan syarikat produksi tempatan, Vian Media Sdn. Bhd. itu kini boleh ditonton menerusi  platform penstriman over the top (OTT) terkemuka Amerika Syarikat (AS), Prime Video.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN