Hari Malaysia 2023: Anwar gesa rakyat curah rasa cinta terhadap

Hari Malaysia 2023: Anwar gesa rakyat curah rasa cinta terhadap negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua rakyat mencurahkan rasa cinta yang mendalam terhadap negara sempena Hari Malaysia 2023. 

Perdana Menteri berkata, beliau juga mahu rakyat memperteguhkan nilai perpaduan, sikap ihsan dan kasih sayang antara semua kaum. 

“Saya menggesa semua pihak untuk bersemangat pada hari besar ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang sesama warga dan perteguh perpaduan antara kaum. 

“Saya yakin bahawa negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya kita berani menolak sikap prasangka, memupuk persefahaman dan kasih sayang.

“Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa!,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir ke sambutan Hari Malaysia 2023 bertempat di Kuching, Sarawak yang dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan yang paling bermakna. 

Pada sambutan itu, rakyat Malaysia daripada ketiga-tiga wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan bergerak Segulai Sejalai di Stadium Perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia 2023 malam ini.

‘Segulai Sejalai’ merupakan cogan kata dalam bahasa Iban yang bermaksud berjalan seiringan itu bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya