KUALA LUMPUR: Pelakon era 80 an, Habsah Bakar atau popular sebagai Mek Habsah meninggal dunia sekitar pukul 2.45 pagi tadi.
Allahyarham yang menderita penyakit paru-paru menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur.
Berita duka itu dikongsi cucunya, Huraimi Hilman menerusi satu perkongsian di Facebook.
“Selamat berehat nendaku Habsah Bakar. Innalillahiwainnailaihirajiun. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” kongsinya.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1 kira-kira pukul 10 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur sekitar pukul 2.30 petang nanti.