Filem Malbatt: Misi Bakara papar kisah sebenar wira negara - Zambry

Filem Malbatt: Misi Bakara papar kisah sebenar wira negara – Zambry

ZAMBRY Abdul Kadir bersama Kelab Media Putrajaya dan warga Wisma Putra hadir menyaksikan Filem Malbatt: Misi Bakara di IOI City Mall, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 100 orang termasuk warga Wisma Putra dan pengamal media berpeluang menyaksikan tontonan khas filem Malbatt: Misi Bakara di IOI City Mall, malam tadi.

Lebih manis, program itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta beberapa pegawai utama Wisma Putra.

Kira-kira 50 ahli Kelab Media Putrajaya serta ahli keluarga masing-masing turut bersama menyaksikan filem berkenaan.

Mengulas mengenai filem tersebut, Zambry mengajak seluruh rakyat Malaysia mengambil peluang menonton filem itu kerana ia memaparkan kisah sebenar wira-wira negara.

“Terima kasih semua yang hadir. Jom sama-sama kita sokong karya anak-anak tempatan kerana Malaysia tidak lekang menghasilkan wira sebenar.

“Tak rugi tonton filem ni. Apa yang paling penting, kita dapat tahu sedikit sebanyak sejarah-sejarah penting wira-wira negara,” katanya.

Filem Malbatt: Misi Bakara yang mula ditayangkan 24 Ogos lalu dikhabarkan sudah mencatat kutipan lebih RM26 juta selepas 11 hari tayangan.

Karya aksi perang ketenteraan itu mendapat suntikan pengarahan Adrian Teh selain menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri.

Filem itu berdasarkan adaptasi dari kisah benar mengenai operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya