Fasa peralihan monsun bermula Selasa depan

Fasa peralihan monsun bermula Selasa depan

GELAGAT sebahagian warga kota ketika meredah hujan pada waktu tengahari semasa tinjauan musim hujan yang masih belarutan dalam bulan ini di persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Dang Wangi di sini baru-baru ini. UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dijangka mengalami fasa peralihan monsun pada Selasa depan yang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),  Muhammad Helmi Abdullah berkata, fasa peralihan monsun itu dijangka akan berterusan sehingga November bagi menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 15 Mei lalu.

Katanya, ketika fasa peralihan monsun, rantau negara ini akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh peralihan monsun tersebut dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca dikeluarkan MET Malaysia.

Status terkini cuaca di negara akan dikeluarkan jabatan tersebut melalui laman sesawang rasmi, aplikasi telefon pintar, dan media sosial rasmi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya