JASIN: Walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh bekas pengurusan untuk membuka semula Madrasah Ar-Rabbaniyah, Merlimau di sini yang ditutup sejak 2019, namun usaha itu masih belum berjaya. Bekas pegawai madrasah yang enggan namanya didedahkan berkata, bekas pengurusan tidak berhenti berusaha untuk memulihara madrasah berkenaan dengan membuat rayuan sejak setahun lalu, termasuk merujuk kes itu kepada Jabatan Insolvensi. Jelasnya, pelbagai pertemuan telah dilakukan antaranya bersama Jabatan Mufti Melaka dan Jabatan Agama…










