Dewan Negara: Kerajaan ingin rapatkan nisbah jurang pendapatan

Kerajaan akan rapatkan nisbah jurang pendapatan luar bandar, bandar

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited untuk merapatkan nisbah jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar iaitu daripada 0.57 pada tahun 2022 kepada 0.67 pada tahun 2025.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan tidak akan mengetepikan pembangunan luar bandar.

“Dalam hal ini, penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan akan diperkukuh manakala potensi ekonomi luar bandar akan dimanfaatkan untuk memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar serta kawasan pendalaman.

“Pembangunan produk kotej desa oleh usahawan desa akan terus di promosi melalui pusat komuniti desa (PKD) manakala penggunaan platform e-dagang untuk mencapai pasaran lebih meluas,” katanya ketika berucap semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak akan terus diberikan tumpuan.

Jelasnya, kerajaan sudah memberi komitmennya untuk menangani isu berbangkit daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Antaranya melalui pelonggaran peraturan perolehan dan penyerahan kuasa kawal selia gas kepada kerajaan negeri Sabah pada Januari 2023.

“Penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan negeri Sabah dijangka dapat dimuktamadkan menjelang Januari 2024,” katanya.

Tambahnya, Sabah mempunyai potensi yang besar dalam penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) iaitu berasaskan solar dan biojisim.

“Projek pembangunan sistem TBB dan menaik taraf sistem bekalan elektrik di gugusan Felda Sahabat Sabah dengan kos sebanyak RM195 juta akan dilaksanakan bagi menambah baik daya harap bekalan elektrik di Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan tersebut turut memuji kerajaan negeri Sarawak yang mengambil langkah kehadapan dalam peralihan tenaga melalui beberapa usaha iaitu termasuk pengeluaran hidrogen, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan projek penjanaan elektrik menggunakan TBB.

“Kejayaan perancangan negeri Sarawak dalam pengurusan peralihan tenaga menjadi contoh yang baik kepada negeri-negeri lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya