Bijao Philips failkan cerai - Utusan Malaysia

Bijao Philips failkan cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon, Bijao Philips, 43, memfailkan cerai apabila suaminya yang juga bintang drama komedi That 70s Show, Danny Masterson, 47, dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara selepas dibuktikan bersalah merogol dua wanita, 11 tahun lalu.

Lapor Abc News, permohonan itu dibuat di sebuah mahkamah di Santa Barbara, dekat sini, baru-baru ini.

“Danny merupakan suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab. Bagaimanapun kami kecewa kerana dia tidak ada bersama kami,” kata Philips.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia sembilan tahun.

Danny terbukti bersalah merogol dua wanita yang dikenalinya pada 2003.

Kedua mangsa mengesahkan telah dirogol selepas pelakon tersebut memasukkan dadah kedalam minuman mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya