PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bidang tugas Jabatan Audit Negara (JAN) diperluaskan meliputi kerangka ombudsman atau institusi hisbah iaitu tidak hanya terhad kepada pengauditan. Perdana Menteri berkata, bagaimanapun, perkara itu masih lagi dalam peringkat perbincangan, namun ia bakal memperkukuhkan skop tugas JAN selepas mengambil kira prestasi jabatan itu yang memuaskan melalui teguran-teguran kepada semua jabatan Persekutuan dan negeri. “Saya memutuskan untuk meningkatkan peranan dan bidang tugas JAN bukan sahaja…










